semalam saya berserta teman2 berkesempatan berbuka puasa dan solat jemaah kat masjid Al-Malik Khalid, masjid USM. Semasa nak solat terlihat, seorang ukhwah yang solat tidak memakai telekung. Dan tercetuslah perbincangan secara tidak langsung.
A: boleh ke kita solat pki tudung labuh + baju labuh(bukan jubah) + seluar+socks?
B: ntah lah, tapi ari tu masa solat ada sorang budak ni solat mcm tu jugak, lepas solat maghrib dier pun bergegas la nak balik. Tapi, tiba2x ada sorang mak cik bangaun dari saf dan pergi approach dier, n cakap kat dier, “adik-adik, solat adik tak sah tu, tak pakai telekung. Adik kena solat balik. Lpas tu, budak tu trus diam, n solat balik. Saya pun tak taw la. Boleh ke tidak? Boleh ker? cuba tanya c.
C (saya): sah, bukan ker dier dah tutup aurat? Tapi knp m.cik tu cakap tak sah. Tapi, kalau tanya saya, saya cakap sah. Asal tutup aurat. Bukan ke budak tu pakai baju labuh, hand socks, socks dan seluar yang longgar.
A: yakin?
C: yakin!. Kawan saya pun pernah solat cam tu. Saya tgk dier solat, tapi masa tu dia pergi hiking.
A: lah,…emm..tu kira daruratla,tapi dalam keadaan cam ni, cam mana plak? Telekung kan ada kat masjid ni. Banyak. Kiranya dier tak darurat la kan. Awak yakin ker sah? Betul ker sah? Awak yakin ker?
C: erg…yakin!..emm..darurat ya?..emm..tak taw la.
B : maybe, kita guna mazhab Syafie kot
C: ye kan, tapi rami jgk kat Mas solat cam ni, ker sebab culture kita dah cam tu? pemakaian telekung bagi wanita untuk solat adalah tradisi kita.
Perbincangan kami bertiga hanya sampai di situ sahaja, tergantung, selama ini saya solat guna telekung,tak pulak terlintas persoalan ni,,,so apa pendapat korang semua? *blushing* dah 22 tahun, tapi amik enteng jer soal ni. Kalu A&B tak tny, mesti saya akan cakp dengan yakin nya BOLEH! Asal tutup aurat, telekung melebihi dada, baju longgar dan labuh, pakai seluar and socks. Yang nampak hanya, pergelangan tgn n jari berserta bahagian muka, walau apa keadaan pun sah solat tu(pernah terdengar dari ustazah dari sek men and terbaca) tpi..confidence itu hilang diudara.
Cam k.Reen cakp, all the informations are on your finger tips, just googling, it will appear in a second, but be wise to choose the right facts, if not it will go wrong. I’m just googling, got a lot of information. Suffice to say,after googling,
Antara syarat utk solat yang disepakati oleh para ulamak Syafi'iyyah adalah menutup aurat. Yang dimaksudkan menutup adalah sehingga tidak ternampak warna kulit orang yang bersolat itu, bagi mereka yang melihat dari jarak orang biasa bercakap (majlisuttakhatub ). Dengan itu solat masih lagi sah dengan memakai seluar dgn syarat menutup aurat kaki keseluruhannya (pakailah stokin ya).
Dan jika ada bukan mahram pula, seluar tersebut tidak boleh ketat sehingga menampakkan bentuk badan (dan lain-lain syarat menutup aurat di hadapan bukan mahram). Walaubagaimanapun solat masih lagi sah.(Almajmuk, J3, M/s176)
namun begitu digalakkan bagi wanita di dalam Mazhab Syafie untuk memakai 3 helai kain ketika solat, iaitu tudungnya, pakaian biasanya, kemudian sehelai lagi kain untuk menutup pakaiannya tadi*. Itulah sebabnya di tempat kita biasanya dipakai telekung tu. Dan mungkin kawan saudari tu tersilap faham, bukan tidak sah memakai seluar, tetapi digalakkan (mustahab) memakai berlapis, bagi menutup pakaian tu.*matan muhazzab, imam syirazi
jubah+tudung+socks.. jadi macamane yer?
- ia sudah menepati syarat menutup aurat cumanya tidak cukup lapisan yang terakhir untuk menutup pakaian yang dipakai tadi.
- Syarat pakaian solat yang diwajibkan bagi seorang wanita ialah kain tudung yang menutupi dari kepala sehingga ke bawah kawasan dada dan pakaian yang dapat menutupi sehingga ke kedua tapak kakinya. Selain itu pakaiannya hendaklah longgar dan tidak menampakkan bentuk badan atau bayangannya dan tidak nipis sehingga melihatkan warna kulit di sebaliknya.
- PADA PENDAPAT SAYA : Mungkin pakaian bersolat yang berbeza ini kerana mengikut mazhab masing-masing. Maka terpulang pada kita yang berpegang kepada mazhab syafie ini samada mahu menuruti atau tidak. Jadi kesimpulan yang saya ambil disini adalah lebih baik bertelekung , namun jika saya salah diharap ada yang memperbetulkan.
[credential]
*solat tanpa menggunakan telekung di Malaysia
Muslimat dari Pakistan
Wallahu A'lam
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7548.0
http://www.rawatansihir.com/forum/printer_friendly_posts.asp?TID=1380
http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2006/ic8_2006.htm
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=46&thread_id=986
http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bhg210.htm




0 comment:
Post a Comment